Reka bentuk National Stadium, Beijing

Model Bird's Nest

Pada 2002, Kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize-memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk.[5] Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan ini dilemparkan setelah sekurang-kurangnya 10 pekerja mati ketika dalam pembinaan.[6] Kontroversi juga timbul apabila berlaku tuduhan secara paksaan lalu beberapa residen telah dihalau tetapi pembinaan masih berjalan seperti biasa.

Stadium dalam pembinaan

.